Friday, January 30, 2009

CERAMAH LAGI DI BERTAM, KEPALA BATAS...DATANGLAH BERAMAI2.


Sebarkanlah maklumat dakwah dan seruan ke arah kebaikan agama Allah...walaupun dengan satu ayat. Walau dengan apa cara sekali pun. Email, Sms, Messenger, Blog dan sebagainya. Gunakanlah apa sahaja medium yang ada.

Jika dilihat dari sirah nabi-nabi. Segala pertolongan Allah hanya akan datang selepas kita melaksanakan tugas kita terlebih dahulu sebagai hamba.

Saturday, January 24, 2009

KENAPA MEREKA MEMUSNAHKAN MASJID?


Difahamkan lebih kurang 41 buah masjid dirosakkan oleh tentera Zionist ketika menyerang Gaza beberapa minggu yang lalu (Baca di sini). Lebih menyedihkan lagi ialah masih terdapat jemaah yangmenunaikan solat ketika serangan dilancarkan. Satu tindakkan yang terlaknat!

Kenapa Yahudi Zionist ini tergamak memusnahkan masjid2 yang mereka sendiri tahu merupakan rumah2 Allah? Tempat ibadat sepatutnya bebas dari serangan dari mana2 pihak.

Adalah tidak mustahil. Bagi manusia yang tergamak membunuh kanak-kanak kecil pada jarak dekat dan melihat tubuh2 kecil tidak berdosa ini mati di hadapan mata mereka sudah pasti tidak mempunyai sebarang sesalan memusnahkan masjid-masjid.

Alasan yang diberi tentera Zionist ini adalah kerana ada tembakkan yang berpunca dari masjid2 ini. Namun alasan ini adalah tidak munasabah dan telah dinafikan. Bagaimana harus ada tembakkan ketika jemaah dan orang ramai beribadat di masjid. Penyiasatan menyeluruh wajiblah dijalankan bagi membuktikan kekejaman Yahudi ini. Itu pun jika ada yang pihak ynag menggelarkan diri mereka ‘super power’ mampu memihak kepada keadilan.

Satu perkara yang perlu difahami ialah Kaum Yahudi ini cukup memahami dengan jelas fungsi masjid ini kepada ummah dan kekuatan Islam. Masjid merupakan tanda kekuatan Islam. Tanda syariat Islam. Selain menjadi pusat beribadat, masjid adalah tempat penyatuan ummah dan pusat perancangan aktiviti2 Islam. Tanpa masjid, keutuhan Islam akan hancur. Apa yang telah dirancang dan dilaksanakan oleh Yahudi di Gaza ialah niat teracang dan niat jahat mereka untuk menghancurkan masjid2 orang Islam…seterusnya manghancurkan Islam.

Semua umat manusia hanya mampu melihat dari jauh…termasuklah kita. Namun sekarang adalah peluang dan masa untuk kita melibatkan diri dalam proses membina dan membaik pulih masjid2 kita di Gaza. Bantulah sekadar mampu. Dengan setiap wang ringgit yang didermakan dengan ikhlas semoga dibalas Allah dengan sewajarnya dan semoga Allah melihat kita di dunia ini dan lebih2 lagi di akhirat nanti.

Bantulah sekadar mampu…

Zbadbahrain
23/01/2009

(Idea tulisan diadaptasikan dari huraian Khutbah oleh Saudara Abdul Hakim, Arabic to English, selepas solat Jumaat)

Wednesday, January 21, 2009

FORUM PERDANA DI TAMAN BERTAM...Ancaman Yahudi Terhadap Umat Islam

Assalamualaikum w.b.t,

Kepada mereka yang mampu menjejakkan kaki ke Masjid At-Taqwa dengan berjalan kaki atau berbasikal, bermotorsikal atau berkereta mahupun menaiki kapalterbang dari benua berjauhan,
datanglah beramai2 ke FORUM PERDANA yang akan diadakan seperti berikut:
Sebarkan maklumat kepada semua:

Friday, January 16, 2009

KITA PERLU TERLIBAT...

Ramai yang mengambil sifat tidak kesah dengan keadaan di Gaza. Masalah di Gaza bukan masalah aku. Mereka yang mati. Bukan aku, bukan ahli keluarga aku. Rumahtangga mereka yang hancur. Bukan rumahtangga aku. Aku masih selamat di sini, aku masih seronok minum di Starbuck dan baru saja kenyang makan BigMac di McDonald.

Sahabat yang menterjemahkan Khutbah di Masjid Abu Bakar hari ini memberi pandangan yang cukup bererti. Perlulah diingat bahawa kita perlu terlibat dengan Gaza. Sebagai orang Islam yang benar2 mencintai Islam, kita perlu 'include' Gaza dalam agenda kita hari ini. Kenapa? Bukan sokongan kita yang mampu membawa kemenangan di sana, bukan juga duit sekupang kita yang mampu mengubah keadaan dan bukan doa sedikit kita ini yang mampu menghentikan bom Yahudi. Tetapi...

Kita tidak mahukan Allah membuang kita dari 'agenda'Nya...nauzubillah. Tugas mempertahankan AgamaNya, Rumah2Nya dan tanah2 orang Islam adalah tanggungjawab kita sendiri. Kita yang benar2 mengaku saudara se-Islam.

Berilah sebarang sokongan dalam apa jua bentuk. Boikotlah apa yang termampu. Bukan jumlah yang menjadi ukuran tetapi nilai dan kemahuan serta kesedaran yang timbul dari keihklasan kearah menyokong perjuangan Islam dan menentang musuh2 Allah.

Perlulah juga diingat, jangan sekali-kali berkata..."apalah yang mampu tercapai dengan memboikot barangan US dan Yahudi? Sedangkan komputer aku pun US yang buat!"

Jawapan mudah, tak boleh buat 100% buatlah 5%...dan itu adalah lebih baik dari tidak berbuat lansung. Lebih parah lagi jika menambahkan peratus ke 105% kerana menyokong produk2 Yahudi dan sekutu2nya.

Ingatlah sirah perjuangan Nabi Musa a.s dengan Firaun. Nabi Musa diutus untuk menentang habis-habisan Firaun yang mengaku tuhan walaupun Nabi menggunakan 'produk' Firaun semasa dibesarkan di istana. Yang jelas, bukanlah masalah 'produk' itu tetapi masalah siapa yang kita 'sokong'...Islam atau musuh.

Bukanya derma sejuta membawa kita ke syurga namun kita doakan agar sekupang yang diberi kepada Allah itu mampu menjauhkan kita dari nerakaNya...

Aku yang menyokong saudara2 seperjuangan Islam di Gaza.

Zbadbahrain.
Jumaat 16/1/2009

Di bawah ini adalah risalah2 yang diedarkan di Masjid untuk bantuan ke Gaza.








Terus membaca di:

Tuesday, January 13, 2009

Jika Yahudi Memerintah Dunia...

Cuba bayangkan apa yang akan terjadi kepada keadaan dunia ini jika jumlah penduduk Yahudi lebih ramai dari jumlah Muslim atau jumlah penduduk dunia yang lain? Dengan jumlah mereka yang sedikit itu, kerosakan dan mala petaka yang menimpa umat Islam dan dunia sebegini rupa.



Allah berfirman,

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ النَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ الْيَهُودَ وَالَّذِينَ أَشْرَكُواْ

“Sesungguhnya engkau dapati yang paling keras memusuhi orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang yang mempersekutukan Tuhan”.(Al-Maidah 5:82)

وَقَضَيْنَا إِلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ فِي الْكِتَابِ لَتُفْسِدُنَّ فِي الأَرْضِمَرَّتَيْنِ وَلَتَعْلُنَّ عُلُوًّا كَبِيرًا“

Dan telah Kami buat keputusan untuk Bani Israel di dalam kitab: Sesungguhnya kamu akan membuat bencana di muka bumi dua kali, dan kamu menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar”(Al-Isra’ 17:4)


Cartoon is from Kuwait Times : Here

Sunday, January 11, 2009

Gambar2 realiti kekejaman Yahudi di Gaza

Ingin saya nyatakan bahawa gambar2 dari link berikut adalah menunjukkan realiti keadaan perang di Gaza. Dengan ini disarankan jika anda mempunyai hati yang kental maka teruskan melihat gambar2 di website ini. Jika tidak, teruskanlah sahaja berdoa agar Allah mengampunkan segala dosa2 mereka yang telah terkorban di medan ini, dan semoga mereka dianugerahkan Allah kematian yang terbaik yakni mati shahid fiisabilillah.

Klik imej di bawah:

http://portail.islamboutique.fr/gaza2008/

Saturday, January 10, 2009

AL AZIZ


Al-Aziz
The Victorious

The Almighty

For, God's are all the forces of the heavens and the earth;and God is indeed almighty, truly wise!
Al-Fath 48:7, tr. Asad

Yang Maha Gagah

Friday, January 9, 2009

KHUTBAH DAN QUNUT NAZILAH...SOLIDARITI ISLAM


Solat Jumaat hari ni sungguh berbeza.

Imam jemputan memberi Khutbah dengan penuh berapi dan bersemangat. Tajuk sudah pasti mengenai sokongan dan solidariti teguh kepada saudara2 Islam di Gaza. Mengutuk kekejaman Yahudi laknatullah membunuh orang2 Islam dengan kejam. Jika di ketika itu setiap orang diberi senjata dan di suruh berperang rasanya semuanya akan keluar menghunus senjata; sanggup mati memperjuangkan agama Allah.

Ditambah dengan bacaan Qunut Nazilah di rakaat akhir yang cukup bersemangat dan khusyuk, hampir keseluruhan jemaah menitis air mata memohon pertolongan dari Allah agar memberi kemenangan kepada Islam di Semenanjung Gaza khususnya dan di seluruh dunia amnya.

Keadaan gawat di Gaza ibarat sudah tiada pembelaan yang setimpal terhadap kekejaman Yahudi. Umat Islam hari ni hanya mampu berdemonstrasi dan memberontak. Tiada lagi kegerunan di hati pihak musuh2 islam ini. Yahudi membaham umat Islam seperti singa lapar yang dihidangkan daging anak rusa yang baru disembelih. Apa yang digambarkan Rasulullah (s.a.w) satu ketika dahulu kepada para sahabat kini telahpun menjadi kenyataan. Dan aku tidak terlepas dari menjadi bukti kepada kebenaran kata Rasulullah itu. Ya Allah ampunkanlah kami.

Hadis di bawah dan keadaan realiti yang terjadi ketika ini adalah menjadi bukti betapa benarnya mesej yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, Nabi seluruh ummat, Nabi akhir zaman.
Hayatilah hadis yang telah terlalu banyak kita dengar dan baca ini:


“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw, menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw, menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (Hr Abu Dawud dan Ahmad)

Selepas Jumaat, seorang sahabat Arab akan memberikan inti pati Khutbah kepada kami yang tidak memahami bahasa Arab. Antara inti pati secara umum dan diolah kembali oleh penulis adalah seperti berikut:

1. Dengan penyakit al-Wahin atau al-Wahnu ini maka bilangan kita yang ramai tidak lagi memberi rasa gerun kepada Yahudi laknat ini. Kita ibarat buih di lautan. Di zaman Rasulullah dan para sahabat, bilangan umat islam yang sedikit telah terbukti dapat menewaskan musuh yang ramai kerana itu adalah janji Allah kepada mereka yang benar2 mempunyai iman dan taqwa yang unggul. Dengan kualiti tinggi hamba2Nya , Allah tunaikan janji yang setimpal juga. Itu adalah hakikat dan sunnatullah.

2. Lanjutan dari sifat cinta dunia ini maka menjadikan manusia lebih mewah dan kurang penggantungan kepada Allah. Lebih kaya dan lebih sihat seseorang maka semakin jauh dirinya dari Allah. Maka kerana itulah kita akan lihat orang yang miskin dan susah serta mereka yang sakit akan menjadi orang2 yang lebih mengingati Allah dan akan sentiasa memohon pertolongan Allah. Lihatlah dunia Arab hari ni yang terlalu kaya dan mewah...mereka juga leka.

3. Perjuangan saudara Islam di Gaza adalah perjuangan mempertahan diri dari kekejaman. Perjuangan mempertahankan harga diri dan tanahair. Amatlah tidak wajar kepada mereka yang menyatakan kenapa Hamas berjuang dengan Israel yang seribu lebih kuat dari mereka. Bagi mereka, ini adalah kerja sia-sia. Hakikatnya, jika kita berada di tempat mereka dan melihat bapa sendiri mati, abang di tembak, dan ibu mati dibom meninggalkan anak2 kecil tanpa sebarang perlindungan, bagaimanakah seseorang mampu hidup dengan dengan aman tanpa berjuang. Emosi dan fizikal mereka telah berubah dan adalah jauh berbeza dari kita yang berada di sini melihat dari cermin-cermin TV dan Internet.

Contoh mudah, seekor merpati betina putih yang menjadi simbol keamanan akan menjadi garang dengan penuh ‘resistant’ mempertahankan dan menjaga telurnya atau anak2nya dari serangan ular atau manusia. Banyak lagi contoh2 dari haiwan2 ciptaan Allah ini dan bayangkanlah hal ini terjadi kepada kita yang bernama manusia.

4. Orang yang berada dalam kemewahan dan ketenangan tidak akan memahami segala perjuangan dan kekalutan yang di alami oleh mereka yang berhadapan dengan kekejaman seperi di Gaza. Dengan itu, kita selalu mendengar saranan dari orang2 kaya dan para ‘rich and famous’ ini bahawa kerja2 Hamas ini adalah sia-sia dan perbincangan adalah lebih mudah dan lebih berfaedah. Permikiran sebegini amatlah dangkal.

5. Apakah yang perlu kita buat di saat ini. Adakah Allah memerlukan doa atau derma kita yang sedikit itu untuk mengalahkan Yahudi? Sudah pasti Tidak! Tetapi Allah mahukan kita berdoa dan membantu saudara2 kita secara ikhlas dan termampu bukan kerana Allah memerlukannya tetapi itu adalah tanggungjawab kita sebagai Muslim. Segala doa adalah sedekah kita kepada saudara kita yang memperjuangkan nyawa mereka untuk Allah.

6. Sahabat budiman…bantulah saudara2 kita di Gaza dan di seluruh dunia. Pertolongan yang diminta hanyalah Doa yang berpanjangan dan salurkan sedekah kepada mereka melalui jalan yang benar. Bukan untuk Allah tetapi untuk Islam dan kita sendiri. Ameen



Tuesday, January 6, 2009

BANGKIT ISLAM BANGKIT!!!

Israel kills dozens at Gaza school

An Israeli attack has killed at least 43 people taking refuge inside a UN school in the Gaza Strip, medics say.
About 100 people were also wounded in Tuesday's strike on the school run by the United Nations Relief and Works Agency (Unrwa) in the northern town of Jabaliya - the third school to come under fire in 24 hours.
Doctors said all the dead were either people sheltering in the school or residents of Jabalya refugee camp, in the north of the Gaza Strip.

Baca seterusnya di sini: Al Jazeera


Assalamualaikum semua...
Kepada mereka yang tinggal di persekitaran Taman Bertam Indah Kepala Batas...
Datanglah beramai untuk memberi sokongan moral anda kepada saudara-saudara Islam kita di Gaza. Lihatlah berita kekejaman mereka. Bayangkan sekolah2 kita dibedil oleh musuh2 Allah ini.
Ini adalah sedikit sahaja sokongan yang mampu kita beri...selain doa yang berpanjangan.
Ayuh...datanglah beramai -ramai. Berikan sokongan anda!






Sunday, January 4, 2009

SUNNAH BERPUASA HARI 'ASYURA


Bila umur sudah meningkat, bila tahun pun sudah berubah, maka amalan kita perlu juga ditambah. Marilah kita beramai2 berpuasa 'asyura, 9 dan 10 Muharram. Teramatlah banyak fadhilatnya. Kalau rajin melayari internet, banyak sangat catatan-catatan berkenaannya.


Ini dari blog Dr. Maza.

Tazkirah Ringkas Sunnah Puasa Hari ‘Asyura Bulan Muharram
Disiarkan pada Jan 14, 2008

“Bersempena dengan kedatangan hari sembilan (tasu’a) dan sepuluh (‘asyura) Muharram ini saya mengingatkan para pengunjung sekelian tentang kita semua disunatkan berpuasa pada hari-hari berkenaan. Sekurang-kurangnya berpuasalah pada sepuluh Muharram. Ini seperti yang ditunjukkan dalam hadis-hadis berikut;

عن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم صام يوم عاشوراء وأمر بصيامه. مُتَّفّقٌ عَلَيهِ

Daripada Ibn Abbas r.a.:“Bahawa Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari ‘asyura dan memerintahkan agar berpuasa padanya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka).

عن أبي قتادة رَضِيَ اللَّهُ عَنهُ أن رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال: ((يكفر السنة الماضية)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Abu Qatadah r.a. : bahawa Rasulullah s.a.w ditanya tentang puasa hari ‘asyura. Baginda menjawab, “(Puasa tersebut) Menghapuskan dosa satu tahun yang lalu”. (Riwayat Muslim)

وعن ابن عباس رَضِيَ اللَّهُ عَنهُما قال، قال رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيهِ وَسَلَّم: ((لئن بقيت إلى قابل لأصومن التاسع)) رَوَاهُ مُسلِمٌ.

Daripada Ibn Abbas r.a. beliau berkata: “Rasulullah s.a.w bersabda, “Sekiranya aku masih hidup sampai tahun depan, maka aku akan berpuasa pada (hari) kesembilan” (Riwayat. Muslim).
Semoga Allah merahmati kita semua dalam berlumba-lumba mendampingiNya

Yahudi Laknat! Masjid di bedil!


A Palestinian woman with her son who was wounded in Israel's attack on the mosque [Reuters]

At least 11 Palestinians, including one child, have been killed after Israeli forces struck a mosque during prayers in the town of Beit Lahiya, north of Jabaliya in the Gaza Strip.

More than 200 people were inside the the Ibrahim al-Maqadna mosque praying when it was struck.

It is not clear yet whether the mosque was hit as part of the Israeli army's shelling, which started on Saturday afternoon.

At least 50 people were wounded, Hamas and medical officials said.
The Israeli military has destroyed several mosques during its week-long offensive in Gaza, saying Hamas uses the houses of worship to store weapons.

Ayman Mohyeldin, Al Jazeera's correspondent in Gaza, said: "As much as Israel wants to be surgical in its strikes at the end of the day it is civilians that are being hit. This is proof that civilians are caught up in these attacks."

Mohyeldin said doctors in the Gaza Strip were being overwhelmed by the number of casualties being brought in as a result of the Israeli offensive and that hospitals were near a state of collapse due to a lack of medicines and blood.


Saturday, January 3, 2009

When we know but we can’t do anything…

Too much input that we have digested either from our ustaz or through readings about how would Muslims during the period of Rasulullah (saw) and Sahabah react to this kind of massacre of Muslims by the enemy of Allah. But what can we do now...

Some photos of War in Gaza from the internet…



















Friday, January 2, 2009

AL-MUHAIMIN

YANG MAHA MEMELIHARA

THE PROTECTOR

THE GUARDIAN,

Thursday, January 1, 2009

PLAN TO BE A BETTER MUSLIM...1430H/2009