Wednesday, February 11, 2009

Imam dan Menteri Besar Perak...pendapat.

Di zaman selepas Rasulullah s.a.w, para sahabat melihat seseorang yang menjadi Iman dalam sembahyang adalah merupakan pemimpin yang lebih layak memimpin urusan2 dunia. Apa yang dapat difahami ialah bagi para sahabat, pemimpin hal bekaitan Ad-Deen adalah lebih penting. Maka seorang yang menjadi Imam kepada tiang agama maka lebih layak menjadi Imam kepada hal2 dunia.

Selepas kewafatan Rasulullah, Saidina Abu Bakar telah beri mandat untuk mengimamkan umat dalam sembahyang. Beliau seterusnya menjadi Pemimpin seluruh umat dalam hal2 duniawi mereka. Tugasan Imam ini seterusnya disambung oleh Saidina Omar. Beliaulah juga seterusnya menjadi Khalifah. Begitulah seterusnya sirah mengajar kita.

Yang menjadi Imam dan Pemimpin ketika itu adalah dari golongan umat yang terbaik. Mereka benar2 memahami perihal agama dan kedunian. Merekalah Sheikh besar dan Ulama besar. Yang menjadi Makmum dan Rakyat pula terdiri dari para sahabat yang juga fakih dalam hal2 mencari keredhaan Allah. Apa yang terhasil adalah satu zaman pemerintahan kerajaan Islam yang terbaik pernah memerintah umat manusia.

Dari skop yang besar sekarang kita lihat kepada masalah tempatan...masalah kepimpinan di Perak.

Teramatlah jauh keadaan kita dengan para sahabat. Mungkin masalahnya berbeza tetapi pokok pangkalnya ialah masalah kita memilih Imam dan Pemimpin. Pemimpin yang bagaimanakah kita harus memilih. Dunia kita telah mengasingkan Imam dan Pemimpin sebagai dua golongan yang berbeza. Inilah yang menyedihkan umat.

Rakyat yang memahami kepentingan ini akan memilih Imam yang memahami masalah Ad-Deen...dan begitulah sebaliknya bagi yang lebih memilih keduniaan; akan lebih memilih 'Imam' yang mampu memberi kebaikan 'projek' dunia.

Islam hanya akan nampak cantik kepada mereka yang mencintainya. Pendokong Islam hanya akan diterima oleh mereka yang ingin melihat Islam memerintah.

Pendek kata...kami menyokong Islam, kami menyokong yang mampu manjadi Imam kepada urusan Ad-Deen...dan mampu menjadi Pemimpin masyarakat...

Kami menyokong YAB Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak.

TAKBIR!

0 comments: