Friday, January 16, 2009

KITA PERLU TERLIBAT...

Ramai yang mengambil sifat tidak kesah dengan keadaan di Gaza. Masalah di Gaza bukan masalah aku. Mereka yang mati. Bukan aku, bukan ahli keluarga aku. Rumahtangga mereka yang hancur. Bukan rumahtangga aku. Aku masih selamat di sini, aku masih seronok minum di Starbuck dan baru saja kenyang makan BigMac di McDonald.

Sahabat yang menterjemahkan Khutbah di Masjid Abu Bakar hari ini memberi pandangan yang cukup bererti. Perlulah diingat bahawa kita perlu terlibat dengan Gaza. Sebagai orang Islam yang benar2 mencintai Islam, kita perlu 'include' Gaza dalam agenda kita hari ini. Kenapa? Bukan sokongan kita yang mampu membawa kemenangan di sana, bukan juga duit sekupang kita yang mampu mengubah keadaan dan bukan doa sedikit kita ini yang mampu menghentikan bom Yahudi. Tetapi...

Kita tidak mahukan Allah membuang kita dari 'agenda'Nya...nauzubillah. Tugas mempertahankan AgamaNya, Rumah2Nya dan tanah2 orang Islam adalah tanggungjawab kita sendiri. Kita yang benar2 mengaku saudara se-Islam.

Berilah sebarang sokongan dalam apa jua bentuk. Boikotlah apa yang termampu. Bukan jumlah yang menjadi ukuran tetapi nilai dan kemahuan serta kesedaran yang timbul dari keihklasan kearah menyokong perjuangan Islam dan menentang musuh2 Allah.

Perlulah juga diingat, jangan sekali-kali berkata..."apalah yang mampu tercapai dengan memboikot barangan US dan Yahudi? Sedangkan komputer aku pun US yang buat!"

Jawapan mudah, tak boleh buat 100% buatlah 5%...dan itu adalah lebih baik dari tidak berbuat lansung. Lebih parah lagi jika menambahkan peratus ke 105% kerana menyokong produk2 Yahudi dan sekutu2nya.

Ingatlah sirah perjuangan Nabi Musa a.s dengan Firaun. Nabi Musa diutus untuk menentang habis-habisan Firaun yang mengaku tuhan walaupun Nabi menggunakan 'produk' Firaun semasa dibesarkan di istana. Yang jelas, bukanlah masalah 'produk' itu tetapi masalah siapa yang kita 'sokong'...Islam atau musuh.

Bukanya derma sejuta membawa kita ke syurga namun kita doakan agar sekupang yang diberi kepada Allah itu mampu menjauhkan kita dari nerakaNya...

Aku yang menyokong saudara2 seperjuangan Islam di Gaza.

Zbadbahrain.
Jumaat 16/1/2009

Di bawah ini adalah risalah2 yang diedarkan di Masjid untuk bantuan ke Gaza.








Terus membaca di:

0 comments: