skip to main |
skip to sidebar
Solat Jumaat hari ni sungguh berbeza.
Imam jemputan memberi Khutbah dengan penuh berapi dan bersemangat. Tajuk sudah pasti mengenai sokongan dan solidariti teguh kepada saudara2 Islam di Gaza. Mengutuk kekejaman Yahudi laknatullah membunuh orang2 Islam dengan kejam. Jika di ketika itu setiap orang diberi senjata dan di suruh berperang rasanya semuanya akan keluar menghunus senjata; sanggup mati memperjuangkan agama Allah.
Ditambah dengan bacaan Qunut Nazilah di rakaat akhir yang cukup bersemangat dan khusyuk, hampir keseluruhan jemaah menitis air mata memohon pertolongan dari Allah agar memberi kemenangan kepada Islam di Semenanjung Gaza khususnya dan di seluruh dunia amnya.
Keadaan gawat di Gaza ibarat sudah tiada pembelaan yang setimpal terhadap kekejaman Yahudi. Umat Islam hari ni hanya mampu berdemonstrasi dan memberontak. Tiada lagi kegerunan di hati pihak musuh2 islam ini. Yahudi membaham umat Islam seperti singa lapar yang dihidangkan daging anak rusa yang baru disembelih. Apa yang digambarkan Rasulullah (s.a.w) satu ketika dahulu kepada para sahabat kini telahpun menjadi kenyataan. Dan aku tidak terlepas dari menjadi bukti kepada kebenaran kata Rasulullah itu. Ya Allah ampunkanlah kami.
Hadis di bawah dan keadaan realiti yang terjadi ketika ini adalah menjadi bukti betapa benarnya mesej yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w, Nabi seluruh ummat, Nabi akhir zaman.
Hayatilah hadis yang telah terlalu banyak kita dengar dan baca ini:
“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.” Maka salah seorang sahabat bertanya,” Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?” Nabi saw, menjawab,”Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”Seorang sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’ Rasulullah saw, menjawab, “Cinta dunia dan takut mati.” (Hr Abu Dawud dan Ahmad)
Selepas Jumaat, seorang sahabat Arab akan memberikan inti pati Khutbah kepada kami yang tidak memahami bahasa Arab. Antara inti pati secara umum dan diolah kembali oleh penulis adalah seperti berikut:
1. Dengan penyakit al-Wahin atau al-Wahnu ini maka bilangan kita yang ramai tidak lagi memberi rasa gerun kepada Yahudi laknat ini. Kita ibarat buih di lautan. Di zaman Rasulullah dan para sahabat, bilangan umat islam yang sedikit telah terbukti dapat menewaskan musuh yang ramai kerana itu adalah janji Allah kepada mereka yang benar2 mempunyai iman dan taqwa yang unggul. Dengan kualiti tinggi hamba2Nya , Allah tunaikan janji yang setimpal juga. Itu adalah hakikat dan sunnatullah.2. Lanjutan dari sifat cinta dunia ini maka menjadikan manusia lebih mewah dan kurang penggantungan kepada Allah. Lebih kaya dan lebih sihat seseorang maka semakin jauh dirinya dari Allah. Maka kerana itulah kita akan lihat orang yang miskin dan susah serta mereka yang sakit akan menjadi orang2 yang lebih mengingati Allah dan akan sentiasa memohon pertolongan Allah. Lihatlah dunia Arab hari ni yang terlalu kaya dan mewah...mereka juga leka.3. Perjuangan saudara Islam di Gaza adalah perjuangan mempertahan diri dari kekejaman. Perjuangan mempertahankan harga diri dan tanahair. Amatlah tidak wajar kepada mereka yang menyatakan kenapa Hamas berjuang dengan Israel yang seribu lebih kuat dari mereka. Bagi mereka, ini adalah kerja sia-sia. Hakikatnya, jika kita berada di tempat mereka dan melihat bapa sendiri mati, abang di tembak, dan ibu mati dibom meninggalkan anak2 kecil tanpa sebarang perlindungan, bagaimanakah seseorang mampu hidup dengan dengan aman tanpa berjuang. Emosi dan fizikal mereka telah berubah dan adalah jauh berbeza dari kita yang berada di sini melihat dari cermin-cermin TV dan Internet.Contoh mudah, seekor merpati betina putih yang menjadi simbol keamanan akan menjadi garang dengan penuh ‘resistant’ mempertahankan dan menjaga telurnya atau anak2nya dari serangan ular atau manusia. Banyak lagi contoh2 dari haiwan2 ciptaan Allah ini dan bayangkanlah hal ini terjadi kepada kita yang bernama manusia.4. Orang yang berada dalam kemewahan dan ketenangan tidak akan memahami segala perjuangan dan kekalutan yang di alami oleh mereka yang berhadapan dengan kekejaman seperi di Gaza. Dengan itu, kita selalu mendengar saranan dari orang2 kaya dan para ‘rich and famous’ ini bahawa kerja2 Hamas ini adalah sia-sia dan perbincangan adalah lebih mudah dan lebih berfaedah. Permikiran sebegini amatlah dangkal.5. Apakah yang perlu kita buat di saat ini. Adakah Allah memerlukan doa atau derma kita yang sedikit itu untuk mengalahkan Yahudi? Sudah pasti Tidak! Tetapi Allah mahukan kita berdoa dan membantu saudara2 kita secara ikhlas dan termampu bukan kerana Allah memerlukannya tetapi itu adalah tanggungjawab kita sebagai Muslim. Segala doa adalah sedekah kita kepada saudara kita yang memperjuangkan nyawa mereka untuk Allah.6. Sahabat budiman…bantulah saudara2 kita di Gaza dan di seluruh dunia. Pertolongan yang diminta hanyalah Doa yang berpanjangan dan salurkan sedekah kepada mereka melalui jalan yang benar. Bukan untuk Allah tetapi untuk Islam dan kita sendiri. Ameen
0 comments:
Post a Comment