Kemampuan manusia mengembangkan ilmu dan terknologinya sungguh mengagumkan. Manusia mampu mencipta objek besar untuk terbang di langit dengan kelajuan mencecah ribuan km/j. Manusia sungguh hebat!
Manusia mampu mencipta sekecil-kecil chip berkuasa tinggi dan mencantum sebesar-besar besi menjadikan kapalterbang A380 sebagai pesawat penumpang terbesar di dunia.
Terbang laju membelah awan.

TAPI...Mampukah mereka mencipta seekor lalat...
Tidakkah mereka yang membina pesawat2 ini memikirkan, kenapa mereka tidak mampu 'membina' seekor lalat yang kecil. Lalat yang hidup tanpa 'minyak' dan 'bateri'. Lalat yang tidak memerlukan landasan untuk terbang dan radar untuk mendarat. Tanyalah kepada mereka...
Subhanallah...jika manusia2 ini mampu berfikir tentang kekuasaan Allah nescaya mereka semua akan tunduk menyembah Allah yang Maha Esa...yang Maha Berkuasa.
Sesungguhnya manusia2 tidak beriman ini adalah manusia yang buta dan pekak...bermata tetapi tidak nampak, bertelinga tetapi tidak mendengar.
Sepandai mana sekali pun manusia yang mencipta A380 itu tetapi tanpa iman...nilai jiwanya adalah lebih rendah berbanding seekor lalat ciptaan Allah.
Wallahua'lam
Zuhairi
20.05.09
KL



